Sunday, 12 June 2011

KELEBIHAN KAHWIN AWAL





LEWAT KAHWIN UNDANG PELBAGAI RISIKO

"Bila nak berkahwin??", "sampai bila mahu terus membujang??","bila lagi emak nak terima menantu??" dan pelbagai lagi persoalan dan sindiranyang kerap didengar lelaki mahupun wanita yang belum kahwin ketika usia agak lewat. Selain itu, bujang terlajak,lelaki lanjut usia,anak dara tua atau andartu atau lebih nakal lagi andalusia iaitu singkatan bagi anak dara lanjut usia, antara gelaran yang diberikan. Mungkin isu ini dinggap lapuk, namun gejala kahwin lewat usia dalam kalangan lelaki dan perempuan ketika ini bukan lagi masalah individu, tetapi ia membabitkan masyarakat.
Pelbagai faktok atau persoalan melingkari isu ini sama ada membabitkan lelaki mahupun wanita itu sendiri. Di pihak lelaki,pelbagai sebab diberikan sekali gus mempengaruhi diri seseorang itu untuk terus membujang atau lewat kawin iaitu terlalu sibuk dengan pekerjaan atau pelajaran, menganggap diri tidak sedia dari segi mental atau fizikal,takut atau bimbang rumah tangga tidak bahagia dan meragui kemampuan seksual sendiri. Selain itu, tiada nafsu terhadap wanita,melalui pengalaman pahit ketika bercinta, mahu bebas dan suka hidup sendiri,tidak mahu mengecewakan pasangan serta hantaran kahwin tinngi juga adalah faktornya. Di pihak perempuan pula,antara faktor berlaku keadaan seperti itu seperti kesukaran mendapat pasangan sepadan atau terlalu memilih, mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mahu membantu keluarga,berjawatan profesional atau mementingkan kerjaya atau masalah peribadi.
Alasan tiada jodoh tidak boleh dijadikan sebab utama lewat berkahwin kerana sebagai umat Islam, perlu ada usaha mencari pasangan hidup. Faktor kesibukan berkerja,sukar mencari pasangan atau berpendidikan tinggi tidak baleh dijadikan alasan. Dalam satu hadis ada menyebut, ibu bapa hendalah mengahwinkan anak mereka apabila sudah layak mendirikan rumah tangga. Jadi, dalam hal ini setiap orang perlu berusaha mencari jodoh malah orang yang berkahwin awl boleh diibaratkan seperti menunaikan separuh daripada iman.
Seseorang itu tidak boleh menunggu atau mencari pasangan mereka di sekeliling saja kerana soal mencari jodoh tidak terhad kepada orang Melayu sebaliknya boleh mencari warga asing asalkan Islam.
Tidak salah sama ada lelaki atau perempuan memberi perhatian kepada pendidikan dan pekerjaan, tetapi pada masa yang sama perlu memikirkan diri sendiri serta tuntutan agama. Apabila mempunyai latar belakang pendidikan tinngi, ia menyukarkan seseorang wanita untuk menemui calon wanita yang setaraf.
KAUM ADAM DAN HAWA DICIPTAKAN ALLAH MEMPUNYAI SIFAT TERTENTU DAN SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN.



P/S: Nie bkn sbb I da gatai nk kahwin tau.. saje nk share info yg betul n nie bkn I reka tau.. so pas da bace pikir le pe yg ptt... daaaa semua




No comments:

Post a Comment